Dosen Pengampu : Ir. Nurini, MT
Judul : Review Artikel tentang Inovasi Sarana Pendidikan Negara Malaysia
YB Tan Sri Musa Muhammad, mantan Menteri Pendidikan (secara tidak langsung) telah mencadangkan gabungan falsafah konservatif dan liberal dalam pedagogi. Dapat dilihat dalam pemikiran beliau untuk memberikan sedikit kelonggaran bagi sekolah untuk menguruskan sendiri dan menggalakkan sekolah memperkenalkan unsur-unsur ketrampilan/kemahiran dalam akademik. Selain itu konsep-konsep terkini seperti Sekolah Wawasan, Bestari dan Premier juga perlu mendapat dukungan tenaga pendidik untuk turut melaksanakannya. Kesemuanya adalah bertujuan untuk melahirkan suasana pendidikan yang lebih demokratik.
Di zaman ini, perhatian serius perlu diberikan terhadap isu-isu seperti budaya, etnik dan bangsa yang belajar dengan cara yang lebih beragam. Permasalahan dibawah ini perlu ditanyakan terlebih dahulu :
- Bagaimanakah kita dapat mengetahui bahwa seluruh pelajar mampu belajar sejajar dengan panduan-panduan yang telah diberikan?
- Bagaimanakah caranya kita dapat menyeragamkan pengetahuan dan kemahiran/ketrampilan untuk semua orang?
Jika kita perhatikan suasana masa sekarang, sudah tentu jawaban-jawaban yang bakal diberikan adalah 'tidak tahu!’. Jadi apakah sebenarnya yang dipanggil keunggulan hasil inovasi dalam pedagogi? Bagaimanakah caranya kurikulum sekarang dapat disesuaikan dengan sekolah-sekolah dalam konteks budaya, etnik dan bangsa?
Semua pihak sekolah perlu diberikan peluang untuk menguruskan perkara ini secara bebas. Pengurusan yang boleh dilakukan ialah membangun dan menguji standard kandungan bagi menafsirkaan pengetahuan dan kemahiran untuk sekolah masing-masing. Banyak lembaga yang dapat terlibat sama dalam membantu pelaksanaan tersebut antara lain Lembaga Kursus, Kelompok Belajar, dll. Kesimpulan dari pendapat umum seperti ini kadangkala amat baik dan boleh menjadi input-input yang positif untuk aras standard dan kurikulum akademik.
Segala masalah yang berhubungan dengan inovasi pedagogi tidak akan dapat diminimalkan melalui penilaian kurikulum yang berdasarkan kepada pembelajaran konsep-konsep yang penting, kemahiran berfikir dan aplikasi pembelajaran situasi 'sebenar'.
Langkah susulan yang perlu dilakukan mengenai tiga (3) falsafah pendekatan terhadap standard /kurikulum pedagogi yaitu : konservatif, liberal dan kiritikal. Ketiga-tiga pendekatan ini dapat menjelaskan isu berhubung secara langsung antara konsep standard dan keunggulan dalam konteks pendidikan yang lebih demokratik. Pendekatan terhadap standard guna membangun ketiga falsafah ini perlu dikaji dari segi kebaikan dan keburukannya. Gabungan yang tepat ke atas ketiga elemen ini akan memudahkan satu panduan diwujudkan bertujuan untuk membangunkan standard yang lebih demokratik dan unggul sehingga ke bilik darjah.
Konsep Konservatif, Perkembangannya dan Pengaruhnya Terhadap Pedagogi Malaysia
Isu kualitas dan standard sekolah termasuk system pengajaran guru dan kepala sekolah juga ditekankan. Falsafah konservatif tidak menyetujui kekuasaan secara mutlak kepada seorang ketua / kepala sekolah membuat keputusan disamping tidak menggemari pertumbuhan dan tidak bersikap terbuka terhadap pendapat.
Falsafah konservatif berpendapat bahwa dukungan atau tentangan masyarakat terhadap sekolah akan bergantung kepada cara pengurusan sekolah melayani mereka. Bila pengurusan diserahkan kepada campurtangan sembarang orang 'luar' akan membuat ketidak beraturan perjalanan pengurusan sekolah. Standard yang diwujudkan sentiasa menjelaskan satu set "kemahiran asas" contohnya 3M. Namun, ramai pengkritik berpendapat bahwa konsep konservatif tidak mau berubah mengikut keadaan dan terlalu banyak unsur politik didalamnya. Pendapat peneliti bahwa konsep ini terlalu berhati-hati dalam membuat perubahan bukannya tidak mahu berubah langsung.
Konsep inilah juga yang menuntut supaya pelajar dikenalkan sejak usia yang masih muda agar mengenal sejarah Malaysia dalam semua mata pelajaran sebagai asas ketersedaiaan mereka untuk berkembangnya zaman ke arah globalisasi. Unsur-unsur pembelajaran sastra dan seni juga perlu dikenalkan. Elemen-elemen seperti ini dapat mengenalkan nilai budaya dan intelektual dalam pendidikan. Perkenalan ini telah dipraktikkan oleh hampir semua sekolah di Malaysia.
Namun, penekanan terhadap bahasa penghantar kedua yaitu Bahasa Inggeris didapati agak berkurangan. Mungkin pengaruh chauvinistik atau fanatik yang menjadi penyebabnya. Bahasa Inggeris termasuk bahasa asing yang lain perlu ditekankan guna menterjemahkan ilmu yang disadur daripada negara asing yang semakin meningkat terutamanya dalam penggunaa di Internet.
Peningkatan Falsafah Konservatif dengan Kaedah Liberal
Pembelajaran dari berbagai bidang kemahiran dan kepintaran ke atas sistem 'sort and select' juga perlu bagi melahirkan ilmu pedagogi yang komited terhadap sistem pendidikan cemerlang dan demokratik. Pengurusan terhadap kurikulum pada sebuah sekolah masih memerlukan banyak pembelajaran terhadap unsur-unsur dari luar yang positif. Jika pengurusan tidak dikawal, adalah dikhawatirkan, sistem konservatif ini akan menyebabkan bias, minat parochial dan ketidakseragaman dalam apa-apa program yang dirancangkan.
Standard yang baru mestilah berorientasikan penyelesaian masalah, komunikasi dan pendekatan terpadu terutamanya ke atas subjek-subjek seperti sains dan matematik. Subjek-subjek teknikal ini mestilah berbentuk pemahaman konsep dan bukannya belajar untuk lulus peperiksaan. Falsafah pendidikan harus mengambil ilmu pengetahuan, disiplin ilmu yang baik, kualiti pendidikan, peningkatan ilmu dan tidak mengulangi kegagalan dasar, praktik dan strategi yang pernah diwujudkan.
Selain itu, konsep-konsep baru seperti TQM, ISO 9000 dan lain-lain yang setaraf perlu menjadi elemen yang bersifat 'complementary' dan bukannya mengubah 100% falsafah dan pengurusan yang telah ada. Ini karena untuk menyesuaikan kehendak standard dengan suasana akademik adalah sesuatu yang Easier Said than Done.
Kemahiran atau ketrampilan ini juga perlu memasukkan unsur-unsur kerjasama, pemikiran analitikal dan kritikal serta penyelesaian terhadap masalah dan komunikasi yang baik. Walaupun unsur kepintaran buatan seperti robotik, automasi dan komputer didapati telah mengambilalih tugas manusia, namun masih terlalu banyak proses yang tidak dapat 100% diatur.
Unsur ketrampilan yang mungkin boleh diperkenalkan di peringkat awal ini; sebagai contoh; ialah kemahiran komputer secara mendasar seperti aplikasi (umpamanya pemerosesan perkataan, helaian hamparan, grafik diatas meja, perbuatan grafik/beranimasi/multimedia, pangkalan data dan rekabentuk laman web)
Bagi mencapai tahap ketrampilan yang baik tentunya kurikulum dan tenaga pengajarnya juga perlu baik. Contohnya untuk memasukkan 'ralatizin' dalam formula matematik dan sains memerlukan anjakan paradigma tenaga-tenaga pengajar itu sendiri. Ini tidak akan dapat diajarkan jika tenaga pengajar belum bersedia menerima perubahan ini. Bengkel demi bengkel ketrampilan perlu lebih banyak diadakan dan bukannya semata-mata untuk memberikan tenaga pengajar peluang untuk berlibur atau berakhir dengan konflik perdebatan tanpa penyelesaian.
Pengawasan terhadap proses, prestasi, latihan, sumber dsb. perlu diadakan dengan menggunakan metode yang lebih terbuka dan mengambil contoh seperti rekod, data, dokumen, maklumbalas, pengukuran sumbangan, kepatuhan disiplin dan sebagainya.
Selain itu, sekolah yang masih serba kekurangan, juga memerlukan prasarana yang ada. Ini termasuk pelajaran disekolah, bahan yang mencukupi, peningkatan kualiti makmal sains dan komputer, pendidikan intrakulikuler dan ektrakulikuler yang seimbang dan peluang serta strategi, masa dan adanya tenaga pengajar yang mencukupi bagi membantu pelajar yang masih serba kekurangan.
Pengaruh Falsafah Kritikal
Falsafah kritikal berpendapat bahawa pengetahuan perlu melalui proses budaya, sejarah, etnik dan linguistik sesuai dengan konsep asalnya. Tenaga pengajar akan dapat menggunakan unsur dalam membantu pelajar lebih memahami isu-isu semasa terutamanya persamaan dan keadilan sosial bagi melahirkan suasana demokratik. Pengetahuan asas mengenai struktur masyarakat seperti ekonomi, negara, tempat kerja dan budaya pelbagai juga ditekankan.
Kurikulum baru perlu menjelaskan keperluan pelajar secara lebih meluas dalam konteks demokratik dan bukannya berdasarkan kepada agenda politik teori kritikal, yang hanya meningkatkan kemahiran dan pengetahuan dalam disiplin ilmu yang dipelajarinya saja.
Segala prasarana perlu diwujudkan dengan segera dengan kerjasama semua pihak dan tidak hanya terbatas atau bergantung sepenuhnya kepada Menteri Pendidikan semata. Semua pihak perlu menunjukkan rasa prihatin terhadap suasana pendidikan, pedagogi dan kurikulum negara kerana ini merupakan puncak kepada kemunculan ahli ilmu, tenaga professional, tokoh korporat, pemimpin dan sebagainya yang bakal mencorak masa hadapan negara.